Peta Seremban |
Asal Usul Seremban
Bandar Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah di dapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.
Berikutan dari peristiwa di atas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan Murray (Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato` Bandar Tunggal) yang mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen - Residen British ketika itu. Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya dari permainan tradisional " Sarimban " yakni sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan dimasa lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.
Tempat-tempat Pelancongan
Dataran Seremban Kolam ikan, gelaran bagi kawasan tanah lapang di kawasan bandar Seremban yang sekian lama sinonim dan menjadi rungutan penduduk bandar Seremban, kini bertukar wajah. (klik untuk maklumat lanjut...) | Kompleks Kraf Negeri Sembilan Kompleks Kraf ini dibina bagi memelihara kekayaan budaya dan warisan masyarakat Negeri Sembilan. Hasil kraftangan yang halus ini turut dipamerkan dan dijual di kompleks ini. (klik untuk maklumat lanjut...) | |||
Ladang Burung Kasawari Terkenal sebagai pusat riadah untuk seisi keluarga, Jelita Ostrich Show Farm di Jalan Jelebu bukan saja membiakkan burung berkenaan, malah menggunakan segala kelebihan yang ada pada haiwan itu. (untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Pelancongan Malaysia) | Muzium Negeri Muzium Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1953 iaitu apabila Yam Tuan ke 8, Tuanku Abdul Rahman memberikan kebenaran supaya Istana Ampang Tinggi Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah, Seremban dan dijadikan sebagai Muzium Negeri. (untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Lembaga Muzium Negeri Sembilan) | |||
Seremban International Golg Club (SIGC) | Starfresh Agro ParkSila lawati http://www.starfresh.com.my untuk maklumat lanjut | |||
Taman Tasik Seremban
Taman Tasik Seremban adalah merupakan pusat rekreasi dan riadah paling popular di Seremban yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu. Taman Tasik ini merupakan salah satu dari taman tasik semulajadi yang tertua di Malaysia. (klik untuk maklumat lanjut...) | Taman Budaya Sila lawati laman web Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara | |||
Taman Rekreasi Seremban 2 Kepada warga Seremban, malah warga kota yang mahu mencari destinasi riadah bersama keluarga, kunjungilah S2 City Park Seremban Dua, pada hujung minggu atau cuti sekolah. Tiba sahaja di kawasan seluas enam hektar itu, pengunjung disambut dengan lanskap indah serta dekorasi puluhan layang-layang berwarna-warni. (klik untuk maklumat lanjut...) | Taman Malaysia Sejajar dengan hasrat murni kerajaan untuk memastikan agar setiap bandar bukan sahaja moden tetapi pemodenan tersebut haruslah seiring ke arah menghijaukan bandar, maka Majlis Perbandaran Seremban telah mengenal pasti Taman Malaysia sebagai salah satu Taman Awam yang boleh dibangunkan bagi menampung keperluan rekreasi dan riadah serta pelancongan Bandar Seremban. (klik untuk maklumat lanjut...) | |||
Kompleks Penyiaran Tuanku Muhamad Bertempat di Sungai Gadut | ||||
Di Seremban juga ada shopping complex such as Jusco and Tesco Extra Seremban 2, Terminal 1, Seremban Parade, Carefour, Pacific and else.. Untuk pengetahuan semua, Seremban dekat sini bukan Seremban saja tapi kami ada Seremban 2, Seremban 3, Seremban Jaya dan Seremban Selatan.. So, kalau tanya orang dekat sini pasal Seremban, diorang akan tanya which Seremban yang kita nak pergi..
One more thing yang korang perlu tahu, malam minggu dekat town Seremban memang hidup and sesak dengan orang ramai.. Sebab apa..?? Sebab, setiap malam minggu, ada race kereta kat sini.. Diorang akan race keliling bandar.. Kat tepi jalan memang ramai lah pak cik mak cik abang kakak adik sedara mara jiran tetangga pun ada sama.. Those our members like Chinese and Indian pun sama-sama tengok race.. Tapi whether halal or haram punya type of race memang Add tak tahu.. Itu semua polis yang kena settlekan.. Betul tak..??
So, sampai sini saja lah celoteh and cerita Add.. Lain hari jumpa lagi OK..?? Buhbye & Wasalam..
No comments:
Post a Comment